Latarbelakang



Tujuan PRODUCE :

PRODUCE dirangka dalam matlamat untuk melahirkan pelapis-pelapis du’at yang kental fizikal, mantap kepimpinan, mesra masyarakat dan tinggi ilmu serta berakhlak mulia. Sehingga hari ini, Produce telah berada di Generasi ke-8.
Pakej Program dibawah Projek PRODUCE ini dibahagikan kepada 6 siri program pembangunan yang berturutan, iaitu bermula dengan Program XREK (Ekspedisi Remaja Kental), kemudian diteruskan dengan Program LEADERS (Latihan Ekstensif Asas Da’wah & Kepimpinan Remaja Soleh), Program XPERT (Ekspedisi Remaja Tahan Lasak), Program EXCELL, Program MH-I (Madrasatul Hayah IKRAM), dan berakhir dengan Program ERAT (Eksplorasi Remaja Ambang IPT). Kesemua program tersebut dikendalikan dibawah Unit Produce IKRAMTEENS yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Bin Abd Hamid.

Keperluan dan kepentingan penganjuran Perhimpunan PRODUCE :
Setiap program Produce mempunyai purata jumlah peserta seramai 100 orang daripada setiap generasi. Penyertaan ahli juga merangkumi remaja daripada latarbelakang pendidikan yang pelbagai dan tempat tinggal yang berbeza diseluruh negara. Melihat pada situasi ini, adalah satu cabaran yang besar bagi pihak IKRAMTEENS untuk menilai semula pencapaian objektif Program PRODUCE ini, melainkan dengan mengadakan sebuah himpunan yang boleh mengumpulkan semua alumni dalam sebuah majlis. Himpunan begini juga penting bagi pihak IKRAMTEENS mengenal pasti perkembangan tarbiyah dan aktivisme setiap alumni dalam medan masing-masing serta melihat penglibatan mereka secara keseluruhan .

OBJEKTIF


1)     Mengumpulkan alumni peserta program PRODUCE iaitu bekas peserta program XREK, LEADERS, XPERT, XCELL, MHI dan ERAT daripada generasi pertama hingga generasi ke-9.

2)     Mengenal pasti secara terperinci perkembangan dan penglibatan alumni dalam aspek tarbiyah dan aktivisme setiap alumni dalam medan masing-masing secara keseluruhan .

3)     Mengikat jaringan antara alumni daripada setiap generasi dan latarbelakang tarbiyah yang berbeza.

4)     Menetapkan halatuju dan peranan alumni dalam melibatkan diri secara aktif membawa visi IKRAM iaitu ke arah perlaksanaan syariat Islam sepenuhnya di Malaysia pada tahun 2020.

5)     Menjadikan medium kepada para alumni untuk berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam medan hidup yang sebenar.

MAKLUMAT PROGRAM


·       Nama                    : Perhimpunan PRODUCE Nasional (PROCESS)
·       Tempat                 : MultiPurpose Hall, Menara TM
·       Masa                     : 8.00 pagi - 10.00 malam
·       Penganjur             : IKRAMTeens dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia
·       Sasaran                 : Alumni Peserta PRODUCE Gen 1-9


No comments:

Post a Comment